Alhamdulillah dengan izin Allah swt, pada 9hb Jun 2021 Ukhwah Abi Enterprise bersama Persatuan Bekas Pelajar & Alumni Doktor Megat Khas (DMKOSA) telah menjalankan usahasama bagi membantu ahli-ahli DMKOSA & bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Doktor Megat Khas, Ipoh (SMKDMK) yang terkesan dengan Perihtah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Gugusan Manjoi. Kawasan yang terkesan ialah Kampung Dato Ahmad Said II, Kampung Sungai Tapah & Kampung Jelapang Baru.
Usahasama yang dijalankan ialah bertujuan bagi meringankan beban yang ditanggung ahli-ahli DMKOSA & bekas pelajar SMKDMK dengan membekalkan keperluan makanan asas seperti beras, telur mentah, tepung gandum, minyak masak, gula, pelbagai sos, kicap & banyak lagi keperluan asas lain. Sebanyak 16 keluarga yang terkesan telah berjaya dibantu dengan barang-barang keperluan berkenaan dibeli hasil daripada keprihatinan ahli-ahli DMKOSA yang menyumbangkan ke Tabung Bantuan Khas DMKOSA yang dilancarkan tidak lama sebelum itu.
Seramai 9 orang ajk & ahli DMKOSA termasuk Presiden DMKOSA, En. Fadil turut sama 'turun padang' untuk mengumpul & mengagihkan barang-barang yang telah disumbangkan ke dalam kotak sebelum diserahkan ke pusat penyerahan di pos kawalan. Ukhwah Abi Enterprise telah menyediakan sos cili, kicap lemak manis, sos tomato & sos tiram jenama Abi sebagai barang-barang keperluan untuk disumbangkan.
Tuan Presiden DMKOSA, En. Fadil dengan berbesar hati mengucapkan ribuan terima kasih dengan kerjasama yang dijalankan ini. Begitu juga, pihak Ukhwah Abi Enterprise menghargai usahasama ini & mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak DMKOSA telah memilih produk jenama Abi & mempercayai Ukhwah Abi Enterprise sebagai rakan usahasama bagi menjayakan usaha murni ini membantu mereka yang memerlukan. Diharapkan usaha murni & kerjasama seperti ini dapat diteruskan di masa hadapan serta ukhwah di antara kedua-dua pihak dapat dieratkan lagi, in sha Allah. :)
Comments