Alhamdulillah, pada bulan Julai 2021 penjualan kambing perap Abi meningkat hasil daripada promosi berterusan daripada pihak HQ Ukhwah Abi Enterprise. Tidak dilupakan juga hasil kerja kuat stokis & agen Ukhwah Abi Enterprise. Kerjasama daripada semua pihak dalam mempromosi & memasarkan produk kambing perap Abi sehingga dapat diluaskan pasaran & jualannya sehingga ke seluruh Malaysia, sememangnya patut diberikan pujian & ganjaran.
Pada Julai 2021, hasil jualan kambing perap Abi melebihi daripada 700 pek & dijangkakan akan terus meningkatkan pada bulan & tahun mendatang. Dengan pelancaran pek kambing perap Abi yang berwajah baru sejak Mei 2021, sedikit sebanyak memberikan impak positif kepada pemasaran & jualan syarikat. Stokis & agen dari semerata Malaysia telah mula bertambah sehingga ke Pulau Pinang, Johor & Pahang.
Hasil daripada kejayaan kecil ini, pihak syarikat telah bersetuju untuk memberikan sedikit ganjaran kepada 'Top Agent' yang banyak membantu syarikat dalam pemasaran & penjualan produk. Bagi bulan Julai 2021, syarikat telah memilih agen Syed Shazri sebagai pemenang. Hadiah berupakan set 'Grill & Steamboat' yang telah diserahkan kepadanya sebagai tanda terima kasih & pembakar semangat untuk terus membantu syarikat Ukhwah Abi Enterprise dalam usaha memasarkan produk jenama Abi. Tahniah diucapakan!!! :)
Kami di HQ Ukhwah Abi Enterprise, mengucapkan jutaan terima kasih kepada agen Syed Shazri atas segala usaha yang dicurahkan selama ini. Semoga terus 'istiqomah' bersama Ukhwah Abi Enterprise. Begitu juga kepada semua stokis & agen Ukhwah Abi Enterprise yang lain, diucapkan terima kasih kerana memilih untuk bersama kami dalam usaha untuk meningkatkan ekonomi ummah. In sha Allah banyak lagi hadiah-hadiah yang bakal pihak HQ berikan kepada 'Top Agent' bulanan yang mendatang. Jadi teruskan usaha anda!!! :)
Comments