top of page
Search
Writer's pictureNaza Ali

Seramai 15 stokis sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Melaka & Terengganu telah mulakan jualan.

Alhamdulillah dengan izin Allah swt, produk jenama Abi telah pun berjaya menembusi pasaran Kuala Lumpur, Selangor, Melaka & Terengganu. Ini adalah kerana dengan pelantikkan 15 stokis berdaftar di sekitar negeri yang dimaksudkan. Dengan perlantikkan stokis-stokis ini, produk Abi yang menjadi kegemaran ramai sejak akhir-akhir ini dapat didapati dengan lebih mudah oleh pengguna di sana.


Pihak ibu pejabat telah pun menerima permohonan calon rakan niaga Abi yang berminat menjadi stokis berdaftar sejak awal Jun 2020. Ini adalah kerana promosi pihak ibu pejabat melalui media sosial dalam usaha mencari rakan niaga syarikat Ukhwah Abi mendapat sambutan baik disebabkan pakej yang ditawarkan adalah berbaloi.


Setakat ini, Kuala Lumpur & Selangor merupakan dua negeri yang mempunyai stokis berdaftar paling ramai dengan kedua-duanya berkongsi 12 stokis berdaftar. Manakala Melaka mempunyai 2 stokis berdaftar & Terengganu 1 stokis. Bilangan stokis ini dijangkakan akan bertambah dari masa ke semasa.


Pihak ibu pejabat sentiasa membuka ruang kepada usahawan baharu yang ingin menceburi bidang perniagaan dengan berbekalkan modal yang kecil. Usaha murni untuk memajukan produk Muslim & meningkatkan ekonomi ummah menjadi matlamat utama syarikat Ukhwah Abi Enterprise. Jadi marilah sertai kami. :)



26 views0 comments

Comments


Post: Blog2_Post
bottom of page