Alhamdulillah pada 21hb Julai 2020 telah diadakan sesi rakaman berkenaan pengenalan, strategi & penceritaan produk syarikat Ukhwah Abi Enterprise. Sesi rakaman yang dikelola oleh saudara Abdul Mohsein & saudara Shahrul Azmair dari Saladeen Studio telah dijalankan dengan baik sekali. Banyak pengalaman berharga dapat kami kongsikan bersama semasa sesi rakaman ini dijalankan.
Dua slot rakaman dijalankan, yang mana bagi slot pertama adalah sesi ramah mesra bersama pengasas Ukhwah Abi iaitu Ustaz Syahrizal yang menceritakan tentang pengenalan syarikat, sejarah tertubuhnya jenama Abi & rancangan masa depan syarikat. Salah seorang rakan kongsi syarikat iaitu saudara Nazren juga ada bersama untuk menceritakan tentang strategi pemasaran syarikat. Manakala untuk sesi kedua rakaman adalah sesi pengenalan & penceritaan produk Abi yang telah diberikan oleh pengasasnya sendiri.
Bercerita tentang Saladeen Studio pula, mereka mempuyai saluran media sosial 'Youtube' dan merupakan 'youtuber' yang bernaung di bawah label 'Saladeen Studio channel'. Mereka juga adalah rakan ukhwah niaga kami dan sentiasa menyokong pergerakan & perniagaan Muslim. Saladeen Studio menjalankan secara professional perniagaan & perkhidmatan jurufoto & rakaman video. Perkhidmatan 'consultation-shooting-editing' ditawarkan kepada pelanggan yang memerlukan. Silalah 'subscribe, like, comment & share' saluran Saladeen Studio di 'YouTube' ye. :)
Comments