top of page
Search
Writer's pictureNaza Ali

Kerjasama Ukhwah Abi & BurgeRich.

Alhamdulillah, segala puji dipanjatkan kepada Allah swt kerana dengan izinNya maka termaktub satu lagi kejayaan kecil Ukhwah Abi Enterprise. Pada 11hb Oktober 2020 menjadi satu tarikh yang bersejarah kerana termeterai satu usahasama bersama BurgeRich iaitu francais gerai burger anak tempatan.


Gerai burger perap BurgeRich pertama telah dilancarkan di Taiping yang mana produk burger yang digunakan adalah 'Ramli Burger'. Manakala Ukhwah Abi adalah pembekal sos perap, sos cili & sos tomato. Rancangan usahasama ini adalah satu langkah yang baik bagi membantu anak tempatan kita untuk menceburi bidang perniagaan dengan berbekalkan modal yang munasabah.


Selain menjual burger, para peniaga gerai burger di bawah naungan BurgeRich ini juga boleh menjana pendapatan berganda dengan menjadi agen penjual sos perap, sos cili & sos tomato jenama Abi. Para peniaga diberikan pakej yang terbaik untuk memulakan perniagaan dengan bekalan sos-sos Abi & bunting iklan produk Abi. Diharapkan usahasama ini akan berterusan & dapat diperluaskan ke banyak lagi kawasan serta dapat membantu ramai lagi usahawan-usahawan kecil, in sha Allah. :)




23 views0 comments

Comments


Post: Blog2_Post
bottom of page