top of page
Search
Writer's pictureNaza Ali

Kambing Perap Abi berwajah baru tetapi tetap "Meleleh Bak Ang!" :)

Alhamdulillah sekali lagi dengan izin Allah swt, Ukhwah Abi Enterprise melangkah maju setapak ke hadapan dengan pelancaran pek berwajah baru Kambing Perap Abi. Pek berkonsepkan rekabentuk & corak yang lebih moden menggantikan rekabentuk pek lama yang digunakan sebelum ini.


Mengambil kira cara pembungkusan pek baru ini yang lebih mudah & mesra pengguna, pihak pengurusan Ukhwah Abi Enterprise mensasarkan untuk menarik lebih ramai pembeli serta menjangka hasil jualan yang lebih baik, in sha Allah. Pihak kami juga telah mendapatkan beberapa maklum balas daripada pengguna & pembeli berkenaan rekabentuk & corak pek baru sebelum ia dilancarkan.


Ternyata ramai di kalangan pembeli Kambing Perap Abi yang menyukai pek baru Kambing Perap Abi ini yang dikatakan lebih mudah & elegan berbanding pek yang lama. Ramai juga yang memberi maklum balas bahawa mereka tertarik dengan gabungan warna pek yang nampak lebih bergaya.


Pihak Ukhwah Abi Enterprise menghargai maklum balas daripada para pembeli kerana ia memberi inspirasi kepada kami untuk terus memberikan yang terbaik kepada pembeli & peminat Kambing Perap Abi. Kepentingan yang paling utama bagi kami ialah kepuasan hati semua pihak bukan saja dari segi kesedapan & keenakkan kambing perap kami tetapi juga cara pembungkusannya yang baik & menarik.


Diharapkan supaya semua pihak terutamanya para pembeli & penggemar sos, kicap & kambing perap Abi berpuas hati & teruskan menyokong produk keluaran Ukhwah Abi Enterprise. Terima kasih semua. :)





47 views0 comments

Comments


Post: Blog2_Post
bottom of page