Kepada tuan/puan yang berminat untuk memulakan perniagaan untuk memasarkan produk jenama Abi, kami membuka peluang untuk anda menjadi stokis/agen kami. Dengan berbekal modal yang munasabah, anda boleh memulakan perniagaan dan membantu memasarkan produk jenama Abi ini.
Bagi stokis jenama Abi, pihak ibu pejabat telah bersetuju untuk melantik stokis negeri dan stokis parlimen. Bagi stokis negeri, anda akan dibantu oleh stokis parlimen yang akan berdaftar di bawah stokis negeri. Dengan ini, segala urusan stok stokis parlimen, akan berurusan dengan terus dengan stokis negeri sahaja. Di sini, kita dapat memastikan stokis negeri tidak menanggung kerugian dengan lambakkan stok.
Manakala stokis parlimen, anda boleh melantik agen-agen persendirian yang berdaftar di bawah anda. Lebih ramai agen yang dilantik dan mengambil stok dengan anda, maka peluang keuntungan anda adalah lebih tinggi. Stokis parlimen juga digalakkan untuk menghantar stok ke kedai-kedai runcit di kawasan anda bagi meningkatkan jualan.
Pihak ibu pejabat akan sentiasa membantu stokis/agen dalam mempromosi produk jenama Abi di kawasan anda & melalui media-media pengiklanan yang berkaitan. Anda boleh menghubungi terus pihak ibu pejabat untuk pendaftaran, bantuan teknikal dan promosi.
Comentarios