top of page
Search
Writer's pictureNaza Ali

Dari sos perap ke sos serba guna.

Alhamdulillah jualan sos perap Abi telah mencapai sebanyak jualan 8,000 botol sejak Disember 2019. Jumlah berkenaan dijangkakan akan bertambah sehingga 15,000 botol sebelum akhir bulan Disember 2020. Sos perap Abi yang digemari ramai oleh kerana kesedapan hidangan dan juga dapat menjimatkan masa dalam proses penyediaan bahan perap untuk hidangan ayam bakar, daging bakar & kambing bakar.


Sekarang ini ramai juga di antara pengguna dan pelanggan sos perap Abi yang mencuba & mempelbagaikan penggunaan sos ini. Ramai di kalangan pengguna sos perap Abi yang menggunakannya untuk memasak hidangan sebagai bahan penambah rasa. Pelbagai hidangan yang diinovasi oleh pengguna seperti daging masak lada hitam, remis masak sos dan juga macaroni goreng menggunakan sos perap Abi.


Hasil dari inovasi ini sememangnya menambahkan lagi fungsi sos perap Abi kepada sos serba guna. Dari sos perapan bahan mentah untuk dibakar kepada sos penambah perisa dalam masakan serta boleh juga dijadikan sos pencicah. Bahan-bahan asas yang dicampur seperti lada hitam, madu serta karamel sememangnya akan menjadikan setiap hidangan anda satu hidangan yang menyelerakan, in sha Allah. :)










65 views0 comments

Comments


Post: Blog2_Post
bottom of page