Alhamdulillah, sejak pelancaran produk jenama Abi ini, ramai pengguna telah pun mencuba dan memberi respon yang baik terhadap produk kami. Adalah menjadi matlamat kami untuk bukan sahaja menyediakan variasi pilihan bagi pengguna malah juga memberikan kepuasan kepada para pengguna dalam menikmati hidangan kegemaran masing-masing.
Sos Perap Abi sememangnya sesuai bagi mereka yang sukakan hidangan BBQ seperti ayam bakar, daging bakar & kambing bakar. Malah ada juga yang menggunakan sos perap ini untuk hidangan ikan bakar. Apapun penggunaan sangat mudah, cuma tuangkan sos perap kepada bahan mentah, gaul rata. Kemudian perap antara 3 hingga 5 jam dan terus boleh bakarkan di atas bara. Semudah A B C.
Manakala untuk Sos Cili & Kicap Lemak Manis Abi sememangnya sesuai untuk pelbagai hidangan. Orang Malaysia sememangnya ramai penggemar sos cili & kicap, maka tidak hairanlah kedua-dua produk mesti ada bersama hidangan kegemaran kita samada untuk dibuat pencicah atau bahan masak.
Silalah nikmatinya mengikut selera dan kegemaran masing-masing. Selamat menjamu selera... :)
Comments